Tuesday, February 01, 2011

Mengejar Mimpi 2

Bang!! bang!! bang!!

Suasana hening seketika.

Di suatu tempat di atas sebuah bangunan Bank Nasional yang jaraknya kira-kira 13 km dari tempat Galak dan Jaki bertarung, kelihatan Sarjan Helmi menghela nafas panjang. Bidikannya menjadi kali ini. Tubuh Galak dan Jaki hancur berkecai dimakan peluru sniper Sarjan Helmi. Asap masih lagi berkepul-kepul keluar dari lubang snipernya sementara beliau bangun membetulkan seluar dan terus berlalu dari situ.


******


Darah di atas lantai mengalir banyak. Sekujur tubuh terlentang bersama tiga bilah pisau tertanam pada tubuhnya. Kelihatan dari jauh, Mak Kiah sedang bertungkus-lumus mengangkat sebiji batu sebesar pemeluk. Dari jarak 10 meter, Mak Kiah membaling batu tersebut sepenuh tenaga dan hasilnya, tepat menemui kepala tubuh yang terkujur itu. Memang itu yang diharapkannya. Mak Kiah memandang penuh bersahaja. Disambungnya balik kerja menyapu lantai yang agak berhabuk itu. Padahal semalam baru je disapunya. Sebaik sahaja batu bertemu kepala, maka pecah berkecailah lantai rumah papan itu lalu membentuk satu lubang besar yang besarnya memang orang dulu-dulu cakap, besar!! Seperti kebiasaan, Pak Cik Tombi atau lebih senang dipanggil Uncle Tom yang sedang membelek surat khabar, akan menghempas surat khabar ke meja seperti orang baru lepas check nombor ekor tak mengena, seterusnya meneguk kopi seteguk dan akan menyusun balik akhbar yang berselerak dihempasnya tadi dan menyambung balik bacaannya.

"Ada anak, tak boleh harap. Malam-malam keluar rumah. Balik-balik 3 4 pagi. Siang-siang, bukan nak nolong mak nya di dapur ni haa. Makan pagi kita sedia, makan tengah hari kita masak, makan malam kita beli. Bukannya reti nak membalas jasa kite. Kite ni da la banyak keje laen nak buat. Pinggan mangkuk tak terbasuh lagi. Baju-bajai tak terjemur lagi. Anak Pak Ali sape nak jaga..."

Zasss!!!

Din Nik Pahang mengangkat kepala laju. Pasir-pasir hitam berdebu bawah rumah membasahi mukanya. Aah!! Dia mengerang sekali. Terasa sakit-sakit di kepalanya. Batu besar ditolaknya jauh-jauh tak ingat dunia lalu terpenyek lah ayam serama Uncle Tom yang dibelanya sejak 3 tahun lalu. Hajatnya nak masuk bertanding peringkat kebangsaan esoknya. Hadiah ringgit malaysia dua ploh ribu. Dah ada dalam kepala Uncle Tom nak angkat myvi lagi satu. Orang-orang kampung cakap serama Uncle Tom memang top. Memang boleh menang. Warna cantik. Body dye, fuhh! bukan main lawa. Berkokok die sedap, bunyi merpati pon ada. Tapi sekarang, serama dah jadi habuk. Masa tak boleh diundur. Hanya tinggal kenangan dalam impian.

Din Nik Pahang bingkas bangun sementara pisau masih lagi melekat di badannya. Dia goncang badannya ke kiri dan kanan dua tiga kali. Sekelip mata sahaja, pisau-pisau itu sudah tiada. Dilihatnya mayat serama penuh sayu. Lempeng! "Macam mane kalau bapak tau, mampus aku!" fikirnya. Tak lama kemudian, dia mendapat satu idea. Cepat-cepat dia masuk ke rumah melalui pintu belakang dan terus mencapai sebuah mug dari rak cawan. Dibubuhnya gula 3 sudu, milo 2 sudu, air panas setengah mug, air sejuk setengah mug. Dikacaunya. Diteguknya sambil memandang ke luar tingkap.

"Anak Mak Lang kawen esok kan, mak.."

"Hmmm.." Jawapan terpancul dari mulut Mak Kiah. Ringkas. Bersahaja. Tepat antonasinya.

Din Nik Pahang mengangguk-angguk.

2 comments:

  1. story smbung2 ye?episode 1?ke cerpen?

    syok gk baca....garang betul mak kiah tu...

    ReplyDelete
  2. aah..ade..old post

    mak kiah mmg garang..mndidik anak

    ReplyDelete