Saturday, December 25, 2010

Zaman Sekarang

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.

1. Ada yang pakai tudung singkat.

Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek.

Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat.

Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat.

Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat.

Macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin..

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian.

Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula.

'Merendek' dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi.

Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

TIPS BANGUN SUBUH

Bangun pagi merupakan masalah untuk anda? Saya terbiasa bangun pukul 4 setiap hari, dan saya rasa pada kesempatan ini saya ingin membagikan CARA-nya kepada anda.

Perlu diingat, saya bukan ahli kesehatan atau ahli mengenai fisik manusia. Tapi satu hal yang pasti, saya terbiasa bangun pagi, rata – rata pukul 4, bahkan sering kali pukul 3, dan saya mengetahui cara yang bekerja dengan baik untuk diri saya. Maka dari itu, saya tidak tahu apakah cara ini akan bekerja dengan baik juga untuk anda. Tapi, tak ada salahnya mencoba kan? ;)

Hanya ada satu poin disini :

Jika anda ingin bangun subuh, anda hanya perlu meniatkannya secara Spesifik.

Tubuh dan alam bawah sadar anda akan mengingat perintah anda, dan tubuh anda akan bangun dengan sendirinya sesuai dengan perintah anda. Anda adalah tuan dari tubuh anda kan? ;)

Jadi yang perlu dilakukan sederhana jika anda ingin bangun subuh : sebelum tidur, niatkan jam berapa anda ingin bangun. satu hal penting disini, waktu yang anda niatkan harus spesifik. HARUS SPESIFIK. Anda perlu mencamkan kata – kata spesifik tadi jika ingin cara ini berhasil.

Alih alih berniat ingin bangun sepagi mungkin, niatkan untuk bangun jam 3 tepat.

ingat, niatkan dengan spesifik. Banyak orang kacau bangun tidurnya karena mereka memang tidak meniatkan / merencanakan kapan mereka ingin bangun.

Yep, sesederhana itu caranya. Silahkan dicoba. Setelah mencoba tips ini, silahkan sharing pengalamannya melalui form komentar dibawah.

Enjoy! :D

Amalan Bangun Daripada Tidur yg Enak Gitu Sih

Dari Abu Hurairah ra katanya, Nabi saw bersabda : “Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan lubang hidungmu) tiga kali kerana syaitan tidur di dalamnya”. (Muslim)


P/S: Sama-sama kita beramal.

Sunday, November 28, 2010

Newcastle vs Chelsea : Alex dirasuah

Ini hari aku tanak cakap panjang..senang crite,aku terus terang berkata 2 hari lepas aku ada terserempak dengan Peter Cech tengah pekena nasik goreng belacan dekat Cafe Zubair. Aku sedikit terkejut.Sedikit hairan.Sedikit marah. Semuanya bercampur-baur.
"Nak rase makanan Melayu,anceloti kata makanan kat sini best" katanya tanpa aku tanya. Aku mengangguk 2 3 kali.
"bangang!!". Hatiku melatah kecil. First time aku tengok die makan guna tangan. Dia perasan aku tengok dye makan guna tangan.
"Adat melayu kite kena kekalkan, kalau bukan kite,sape lagi kan.." sampuknya selamba sambil menyuap nasik dengan lahap sekali. "bodoh mamat ni rupanya." aku mencarut buat kali kedua. Adat melayu apa makan pakai glove keeper.

Melihat perbuatan bodohnya itu,aku pon lantas berbisik kepadanya, malam ni kalau kau buat-buat bodoh lawan pasukan kuda belang tu, aku belanja kau nasik ni satu lagi. Sambil aku menunjuk ke arah nasik yang dye sedang makan.

"cantek!!" die tersengih hodoh sambil mengangkat dua jari best ala-ala dr rozmey. Sejenak aku berfikir, dalam diam aku mengagumi Dr Rozmey yang ternyata manusia luar biasa. Bukan sahaja dikenali dalam negara malah seantero dunia.

"macam mana kau kenal dr rozmey??" aku saje buat-buat tanya

"2 Alam terbaek!!" jawabnye sambil mengangkat dua jari best skali lagi. Tapi kali ini dye berdiri. Posing sebijik macam Dr rozmey. Bersungguh-sungguh benar aku tengok dye.

"3 kali aku masuk panggung, dipapah keluar.terbaek!!" ceritanya serius.

"orang Malaysia tu.." Aku menjawab sambil buat muka bangga.

"Ok la peter porn, aku ade hal ni. Banyak lagi keje nak buat dari dok layan kau ni, bukan buleh pekdah pon. Tapi ingat tau.Buat-buat bodoh malam ni.Nasik Goreng Belacaaan.. Chow!" Aku berlari meninggalkan dye sambil membuat lipatan gunting. Mana la tau kot-kot dye bleh rekemen aku kat pak cik anceloti.

Dari jauh, aku lihat dye masih terlopong. Mungkin aku tersalah panggil nama dye kot. Lantak hang la.


......


Selesai perlawanan, aku marah-marah. Aku call dye. Voice mail. Bangsat. membazir duit aku 15 sen. Dah la nasik goreng belacan dye da amik. 4 ringgit pulak. Aku cukup marah. Ku tumbuk meja kuat-kuat. Semua orang di cafe Ali memandang aku. Aku buat selamba sambil buat lipat gulung 3 kali.

treet treet..poketku bergegar. Ku seluk, ku ambil, ku lihat. Sekeping mesej bergambar dari Peter Cech. Gambar Alex budak botak!. Ku lihat tv balik, pemain chelsit yang kecewa sedang masuk ke bilik persalinan. Kelihatan budak botak tu membawa sesuatu dalam plastik.

Nasik goreng belacan!!



Tuesday, October 26, 2010

Ahad (cuti umum)

Pada pagi ahad 24 Oktober,seperti ahad-ahad sebelumnya, matahari akan muncul di kala Sulaiman masih lagi terlentang luas di tengah-tengah rumah bersama tilam comot dan bantal tidak bersarung kesayangannya. Leteran emaknya di dapur memarahinya sambil menyediakan sarapan hanyalah seperti memberinya selimut tebal di hari yang dingin. Manakan air setitik nak melawan api sebelanga. Selagi bunyi mesin rumput Mak Piah isteri Pak Cik Kamsah belum kedengaran, selagi itulah Sulaiman kaku seperti ular sawa kenyang lepas makan kambing Pak Kordi.”Preeng!! preeng!! Preng preng preeeeng!!!” bunyi mesin rumput dihidupkan. Seperti biasa, terkumat-kamit mulut Sulaiman marah-marah seorang diri tanda protes tidak cukup tidur. Memang menjadi rutin mingguan,Mak Piah akan menggunakan mesin rumput untuk menebas lalang di sekeliling rumahnya selesai sahaja solat Asar.


Biasa-biasa matahari akan naik sebelah timur. Tapi pada hari ahad itu, matahari kelihatan naik sedikit tenggara daripada biasa. Ini menunjukkan kompas yang baru dibeli semalam oleh Khairunizam di Pasaraya Mydin sudah tidak boleh dipercayai. Mencarut-carut Khairunizam sambil membalingkan kompas yang baru dibelinya itu ke arah kucing kesayangan emaknya yang sedang tidur. Sudah menjadi kebiasaan spanar hidup akan melekat balik ke mukanya. Khairunizam tersengih-sengih kagum melihat tindakan pantas emaknya sambil mengelap darah yang berciciran di kepalanya. Pak Cik Hasan Bakri yang sedang membaca akhbar sekadar tersenyum melihat ragam dua beranak itu.


“Kriiiiiing!!!!!”

Jam loceng milik Kamal Ali berbunyi mengejutkan seluruh penghuni Taman Idaman yang sedang nyenyak tidur. Seperti biasa, Kamal Ali yang merupakan pengawas sekolah Darjah 4 bingkas bangun mencapai tuala dan terus bergegas ke bilik air. Menjawat jawatan pengawas bukanlah sesuatu yang dipandang ringan oleh Kamal Ali. “Disiplin dan komitmen mestilah sebati dalam diri”, ujarnya seorang diri di depan cermin di dalam bilik air sebaik sahaja selesai mandi setiap hari. Selepas mengenakan kemeja pengawas lengan panjang warna hijau dan seluar pendek paras peha ala-ala zaman 50-an, Kamal Ali terus ke dapur. Sesampainya di dapur, dia terus membuka tudung saji penuh excited. Kosong! Kamal Ali melangkah kecewa tetapi pantas mencapai kasut Pallasnya. Dalam hati, Kamal Ali memasang tekad untuk mengubah perangai ibunya supaya lebih berdisiplin suatu hari nanti. Kamal Ali kemudiannya menghampiri seorang pakcik yang sedang menanam pokok kaktus.”Ayah, pergi dulu” berkata akan Kamal Ali penuh sopan seraya menghulurkan tangan. Pak Cik Khamis Ali menyambut tangan anaknya itu seperti biasa. Dicium tangan ayahnya lama-lama. Pak Cik Khamis Ali sudah menduga. Diseluk poket bajunya sambil mengeluarkan sekeping not warna biru. Kamal Ali pantas merampas not tersebut dari tangan Pak Cik Khamis Ali dan berlalu pergi. Pak Cik Khamis Ali menggeleng-gelengkan kepala melihat reaksi anak kesayangannya itu. Kamal Ali mencapai basikal dan mengayuhnya dengan kayuhan bertenaga supaya cepat sampai. Sampai di sekolah, kelihatan gate sekolah masih belum dibuka. Kamal Ali tersenyum puas. Pak Guard tewas di tangannya.Pak Guard bukan lagi lawan Kamal Ali dalam acara siapa sampai awal ke sekolah. Apatah lagi pelajar-pelajar lain yang memang sudah mustahil untuk menandingi kehebatannya.

“Nak, hari ini hari apa?” tegur seorang pakcik dalam lingkungan umur 90-an yang sedang menunggang kuda melalui kawasan itu.

“Ahad pakcik” jawab Kamal Ali senang hati.

Seperti biasa,dilihatnya pakcik yang bertanya tadi sudah jauh memecut kuda tunggangan beliau dan meninggalkan Kamal Ali dengan seribu teka-teki.

“Ya Allah!” Kamal Ali menepuk dahi bertubi-tubi seperti biasa.

Di kejauhan, terukir senyuman nipis di bibir pakcik koboi sambil menurunkan menurunkan visor seraya mengarahkan kudanya memecut ke kelajuan maksimum.

Saturday, October 09, 2010

Mengejar Mimpi 1

Di suatu sudut di belakang pohon durian yang tingginya memang sesuai jika dipanggil pohon durian, kelihatan seorang pemuda tidak berbaju berseluar tiga suku adidas segak berdiri sambil mengasah sebilah parang panjang. Gaya asahannya menunjukkan dia bukan orang-orang biasa, tetapi lebih kepada orang zaman purba dulu kala. Bermata sepet, hidung kemek, telinga kecik dan rambut kerinting rapat-rapat menambahkan lagi perisa kekunoannya. Badannya tegap berketul-ketul menandakan dia bukan lah lawan yang mudah kepada Superman mahupun X-men. Asahannya begitu halus dan teliti tetapi bertenaga. "Bukan calang-calang manusia", bisik orang ramai tatkala melihat Galak.

Beberapa jurus waktu kemudian, satu lembaga manusia menjelma beberapa kaki sahaja daripada tempat Galak mengasah parang. Tinggi dan tegap orangnya dan berkulit putih gebu, mukanya ala-ala barat memang sedap mata memandang. Berdirinya sedikit senget tetapi teguh di kala menggenggam erat sebatang tombak di tangan kanannya, memang menampakkan gaya pendekar sebenar.

Jelingannya yang tajam ke arah Galak menyebabkan angin kuat menghembus tempat berdirinya mereka berdua. Rambutnya yang panjang mengurai berterbangan di tiup angin. Galak yang dari tadi sibuk mengasah parang tanpa mempedulikan kehadiran Jaki memberi jelingan pemusnah kepada Jaki tanda cemburu melihat rambut pendekar itu dan sedikit protes dengan dirinya yang dahsyat sekali bezanya berbanding Jaki.

Suasana sekeliling yang menjadi saksi pertarungan kedua mereka yang bakal berlaku dengan dahsyatnya menjadi hening seketika. Hanya hembusan nafas mereka sahaja yang dapat didengari. Galak yang lagaknya macam sedang mengasah parang sebenarnya sudah bersedia dari awal-awal lagi untuk menghadapi ancaman Jaki dari pelbagai arah. Peluh keringat yang membasahi pipi dan dahi Jaki pula bukanlah menggambarkan perasaan gemuruhnya berhadapan Galak tetapi membuktikan dia sudah warm-up terlebih dahulu sebelum bertemu Galak, bimbang berlaku kekejangan di mana-mana bahagian anggota badan semasa pertarungan.

"Galak!" seru Jaki lagak anak jantan.

"Ye saya", jawab Galak sopan.

Jaki menyambung, "Pertarungan ini.."

"memang tidak dapat dielakkan lagi!", sampuk Galak tanpa mempedulikan Jaki untuk menghabiskan kata-katanya.

Jaki memandang geram kepada Galak. Tiada respon yang diharapkan daripada Galak.

"Ayuh Galak! Masa sudah mencemburui kita!" teriak Jaki spontan sambil melompat tinggi ke arah Galak.

Galak sedikit kaget...

Sunday, October 03, 2010

Chelsea vs Arsenal : Pertarungan biasa-biasa

Suatu pagi pada 3 Oktober 2010, Pak Cik Ancelotti kelihatan duduk di salah sebuah kedai mamak di Sungai Pusu sambil menghirup kopi jantan yang baru di ordernya sebentar tadi.
"mamak! Roti pisang satu..kasik manis-manis ye.." sergah ancelotti kepada mamak yang sedang khusyuk menebar roti canai.
"tarak hal, manis manis manis manis pon saya bole buat". Usik mamak mengada.
Tiada respon daripada Ancelotti menandakan mamak itu tidak sefemes beliau sambil meneguk minumannya dalam-dalam. Mungkin merenung perlawanan malam ini menentang kelab biasa-biasa saje. Tiada apa yang perlu dirisaukan sebenarnya. Cuma mengira jumlah gol yang perlu disumbat malam ni.Angka 16 berbalas 0 mungkin paling ideal jika difikirkan tentang belas kasihan terhadap lawan.

Selang beberapa minit kemudian, roti pisang feveret yang dipesannya tadi sampai diikuti seorang lelaki yang tak asing lagi bagi warga Tadika Makmur Pinang Sebatang, abang Wenger. Datangnya berbajukan baju sejuk yang banyak gelembung-gelembung udara. Sejuk sangat agaknya kat Sg. Pusu tu. Ancelotti yang memakai t-shirt pagoda dan seluar hawaii memandang abang wenger sambil menggelengkan kepala tanda menyampah.

Abang wenger yang dari tadi berdiri, sibuk meng-usha awek yang lalu-lalang akhirnya duduk juga di depan dan semeja dengan ancelotti.

Dengan muka berseri-seri abang wenger memulakan bicara.

"kau dapat patin ari tu, guna umpan ape?" tanya abang wenger penuh sopan.

"mak kau". Jawab ancelotti ringkas sambil meneguk kopi jantan.

Tuesday, September 21, 2010

Manusia banyak ketawa

Aku baru lepas semayang asar pukul 6 petang dalam bilik. Aku dengar bunyi bising-bising dekat bawah. Aku jenguk ke luar tingkap. Sebatang jalan lurus dan pokok-pokok di tepinya. Mereka diam je. Aku dengar manusia bercakap-cakap dalam nada yang agak tinggi tapi tak kelihatan lenggok tubuh mereka. Tambahan, aku tidak paham apa yang mereka cakapkan. Mungkin jarak kami agak jauh, jadi pendengaranku terbatas. Mereka rancak berborak dalam nada suara yang kuat. Mungkin untuk menarik perhatian awek-awek yang lalu-lalang sekali-sekala. Selang beberapa saat, aku terdengar mereka ketawa

"hahaha"

Aku melihat pokok-pokok yang tumbuh bagai nak rak. Aku terjun ke katil. Tak terdaya aku nak melayan ketawa mereka.

"manusia memang suka ketawa," fikirku..

Sunday, September 12, 2010

Imam Rempit

Sini aku nak crite satu kisah bagaimana seorang mat rempit boleh jadik tok imam. Aku harap crita ni boleh jadi pengajaran kepada semua. Nak disimpulkan di sini, hati manusia siapa yang tau. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Kisah bermula, ada seorang yang betul-betul berjiwa rempit pada suatu ketika dahulu. Biasalah, orang muda. Darah panas,jiwa panas mana boleh duduk diam-diam kalau malam menjelma.Tak rempitlah namanya kalau muka macam hantu laut tapi malam-malam ajar adik buat kerja sekolah.Itulah dia Jalak Si Rempit Sepanjang Zaman. Itulah nama yang paling sesuai untuknya.Suatu petang, Jalak menerima sekeping sms daripada kawannya yang berbunyi, 'Lak, malam ni ada lumba-lumba kat kg. piai..jom r join. hadiah 2k beb..bleh tukar piston baru kalau menang..=P' Jalak yang pantang diajak maen lumba-lumba terus membalas 'salam..cantek mat..gua on saja..;-)'

Jam 7pm, Jalak sudah pon berangkat dari rumahnya untuk pergi ke tempat rempitan yang dimaksudkan.Dengan motor Yamaha LC 135 half-modified kepunyaan nya serta rambut ikal mengurai tidak lupa jaket kulit ala-ala kumpulan Gun &Roses dan jeans carik di lutut melampau, maka terserlahlah imej rempit beliau. Maka bergeraklah dia daripada rumah. Diringkaskan cerita,di dalam perjalanan,dia terdengar laungan azan Maghrib.Terfikirlah dia, 'eish, da masuk waktu maghrib ni, kalau aku tak semayang dulu, mana tau aku mati masa merempit, neraka la aku nanti'.Jadi,singgahlah Jalak di surau berdekatan ingin menunaikan kewajipan, walaupun di dalam hatinya timbul sedikit kerisauan bimbang terlewat sampai ke tempat perlumbaan dan akan ditinggalkan kawan-kawan serempitan beliau dan tak dapat lah dia nak menang perlumbaan itu dan menukar pistonnya yang sudah tak ber'gas' itu.

Di surau, kedapatan seorang imam tua.Semakinlah risau akan Jalak akan kesuntukan masa melihatkan pak imam tua yang bertongkat dan terketar-ketar.”Tentulah lambat habis solat maghrib kalau macam ni gayanya kalau aku bermakmumkan pak imam tua ni’”.Lalu disuarakanlah kerisauannya kepada pak imam tua tersebut.”Pak Imam tua, lu semayang cepat sikit boleh tak,gua nak pergi merempit pulak ni”.

Walaupun sedikit terkejut mendengar kata-kata mat rempit yang agak ‘sopan’ itu, di offerlah pak imam tua tersebut kepada Jalak,”Orang muda, kau sajalah jadi imam”.

Bersetujulah Jalak untuk mengimami makmum yang tak berapa ramai itu.”Betul jugak,baik gua je jadi imam.Boleh gua cepatkan sikit solat maghrib ni.Tak derlah gua terlepas nak pergi merempit nanti”,

Diringkaskan cerita, menjadi imamlah Jalak akan solat maghrib tersebut.Dimakmumkan oleh pak imam tua dan beberapa orang lagi makmum.Terpegun dan terpana lah akan pak imam tua & de gang mendengar bacaan Jalak.Dengung dan tarannumnya tak tumpah macam Syeikh Mashari.Sungguh merdu dan gemersik.Kalau dalam bahasa mat-mat rempit,”Dahsyat la lu siot”.

Sesudah memberi salam, berkatalah pak imam tua tersebut,”sedap sungguh bacaanmu wahai orang muda ..lain kali bolehlah jadi imam jemputan surau kami”. Jalak dengan hidung yang kembang kempis dan dalam nada berbisik berkata kepada pak imam tua itu,”terimakasih pak imam tua atas pujian lu tu.Itu gua solat tak ambik air sembahyang tu, kalau gua solat ambik air sembahyang..fuhh..lagi power pak imam!”






***moralnya di sini,nak buat mende-mende, amik air semayang dulu. baru berkat.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..

Tuesday, July 27, 2010

kelas petang petang

Hari ini aku rasa tenang..maklum la, hari baik bulan baik tak ketinggalan diri ku yang memang dah sah-sah baik..nisfu syaaban atau jolokan pantai timurnya, 'sepu'..mungkin ini lah bezanya antara orang taring anu dengan puak-zionis-yahudi..puak zionis tersebut bukannya tau nak berpuasa, waima orang puasa pon diorang pegi kacau..macam main masak-masak zaman kecik-kecik je aku rasa.

hari ini, aku ada banyak masa free memandangkan kelas aku akan stat pukul 3.30 petang ini dan habis pukul 7.20 maghrib kalau lecturer tak boring-boring nak tengok muka pelajar-pelajar kacak dari serata negeri sambil disertakan sedikit gurau mesra, herdikan membina mahu pon ketawa senyap..walaupon bebanan di kepala sangat terasa memandangkan assignment static baru 2 out of 20 yang telah diselesaikan olehku, itu pon dibantu oleh kertas rujukan ilpaan bukan nama sebenar,
tambahan kepeningan, petang ni adalah kuiz static, bonus untuk neuron-neuron di benakku ini menghasil cas-cas positif , tapi

aku masih begini..ku tinggalkan sebentar masalah yang terunjang di kepala sambil ku picit-picit papan kekunci untuk menghasilkan karya asli sambil melihat awang terbaring lemah di katil busuknya, terbatuk-batuk ketika tidur..terbayang jugak betapa berbau nya cadar beliau sampai boleh terbatuk ketika bersantap atau mungkin dia bermimpi makan nasik-sardin-telur-air indocafe, makanan tema bilik kami..biasa lah orang berpuasa, memang banyak dugaannya..mimpi makanan la, tengok budak kecik makan eskrem la, walhal tengok orang minum air watercooler pon dah teringat mase kecik-kecik dulu sedapnye minum air milo emak yang buatkan.nasib baik sempat juga pekena megi sedap buat bersahur pagi tadi..kalau tidak, tentunya sekarang ini aku berada di kedai runcit uia(kiosk), sedang enak-enak menjamu roti dengan abang indon di sana.

aku bukannya reti sangat nak berkarya, tapi tangan memanipulasi otak, sedikit otak berfikir, laju tangan bergerak..indah sungguh ciptaan tuhan..tapi sekarang tanganku dah berenti berfikir..tiada lagi prosa menarik untuk aku simpulkan di sini..mungkin bebanan static mengganggu kelancaran menulisku..ahhh!! aku mesti sambung kerja staticku sebab cita-citaku bukan lah menjadi blogger sejati, aku hanya ingin jadi engineer disegani.




Thursday, July 01, 2010

LUCKY DRAW!!!

rinastories





rinawardrobe


AIR ku...

pagi-pagi macam ni kan..aku spatotnye duk bermuhasabah atas katil empuk bertatahkan cadar berbau ditimbuni seketul bantal yang tak brape nak best dilihat apatah lagi menghidunye..

tapi pagi ni, godaan dari puaka katil tak berupaya menarik aku kepadanye..bukan tu saje, bahkan pandang sebelah mata pon aku tak hingin..bile puaka tu tengok aku macam da tak tergoda akan dirinye, die cube mengugut aku..katanya "kalau kau tak nak meniduri aku hari ini..kite putus." mendalam dan penuh makna sunggoh..pada mulanya bergetar jugak badan aku ni, bukan sebab die tapi sebab baru pas mandi pagi..sejuk!!
aku lantas berbisik di telinganye.."bueeekk"..haha padan muke ko katil, takde orang nak layan.."ok, hari ni kite putus..malam kang rujuk balik.." diam terus katil tu..macam la selama ni ade katil yang bercakap..bangang sunggoh aku pagi ni

tu baru cite pasal khayalan aku ngan katil..tak masuk lagi bab berfantasi ngan kerusi,baju,meja dan banyak lagi la..tapi tu aku cite laen hari..hari ini aku nak cite sebab ape aku sanggup putuskan hubunganku dengan intan payung ku itu yang selama ini tak pernah berenggang..selalu mengutuskan ayat-ayat berupa madah cinta dan pujangga..sebabnye

lepas je siap 'keluarkan duit' n mandi-mandi kasik wangi lah katakan, kluar je bilik air, tup tup nampak la sebuah perkakas moden atas meja..tu bagi anak-anak muda la..kalau orang tue, die wat lapik lesung nak tumbuk bawang je aku rase..bukan bleh kire sangat..tapi bagi orang muda, laen pulak jadinye..kalu die nampak warga emas wat lapik lesung mende tu, silap-silap ari bulan, mau ganti tempat lesung orang tue tu..bende tu orang panggil 'atas riba' atau ikot omputihnye laptop..aku sbenanye tak suke sangat nak sebut bahase omputis ni..tapi takot pembaca tak paham..aku lebih suke panggil 'atas riba' je.."mad, pinjam atas riba jap!"..sebagai contoh..

dan yang menjadi topik crite hari ini, bile aku nampak je atas riba tu..ingatan aku pada bidadari katil terhapus serta-merta..macam orang laki yang ade awek gempal, jumpa pompuan slim, cun pulak tu..takkan nak ingat awek oversize lagi time tu..ni perumpamaan je..bukan realiti..kang ade pulak yang tersentuh hati..mende yang jarang kite tengok, tibe-tibe ade depan mate,memang rezki la kan namenye..bukan aku jarang nampak bende tu, cuma geran dye tu bukan atas nama aku..kakak aku..kalu wat pemilikan sementara boley la..kalu nak wat jadi harta kekal, kena rase sup tapak kaki dulu la nampak gayanye..aku bukannya takdak duit nak beli, cume tak brape nak penting lagi benda tu buat diriku..kalau nak wat men game, bek jahanamkan yang kakak punye..lagi best! tak gitu?

lepas tukar-tukar baju, trus je aku pi mngadap menatang tu tanpa mempedulikan sedikit pon rayuan esak-tangis-lemah-gemalai sang puaka katil tu..aku pon ON la bende tu..macam biase la..kalau duk tunggu je tapi tak ON menatang tu, sampai esok pon tak menyala..mungkin ade yang kate, bagus la bleh jimat letrik..memang la..tapi takot-takot aku pulak yang tersadai dekat Pulau Bahagia..sambung balik, sementara duk nunggu binatang tu nyala,aku pon pegi la buat air milo letak coffee mate..nak wat air laen, takot sinki je tolong minum..jadi aku wat la air milkrimela..(milo+krimer+gula)..siap wat air, aku hirup la sdikit..emm,bleh tahan jugak keprofesionalan ku dalam membuat milo ni..padahal baru 20 taon pengalaman aku wat milo kalu nak dibandingkan ngan usia mummy ku 60 taon..rasenye pon lebih kurang je..sejujurnya yang aku lagi sedap kot..

siap milkrimela tu serentak dengan menyalanya haiwan tu..jd aku pon letak la minuman aku tu kat tepi laptop tu..aku pon beronline la..online dalam bahase ibunda 'talian atas'..lepas ni jangan sebut online lagi..sayangi bahase ibunda, bahase jiwa raga..macam remaja-remaja laen,asal sebut online,mesti bukak fesbuk..asal talian atas,mesti fesbuk..da jadi syarat sah layari intenet agaknye fesbuk ni..tapi kalau aku bukak fesbuk,5 minit je paling lame..pastu da taktau nak geledah ape lagi..jadi aku pon wat-wat la isi PTPTN atau name yang lebih realistik, tiputipu-N..padahal tarikh tutupnye kul 12 malam tadi, tapi nak amik ati sebab da 3 hari wat x bleh..jadi wat la hari ini..laju semacam je buat..almaklum lah,da tutup tarikh..

sementara duk beronline,mataku terpandang la sebundle roti yang aku beli kelmarin atas meja makan tak terusik lagi..nak harap ke mummy makan, jadi cendawan la roti tu.."yang kau beli roti keping tu knape?? kau tau kan yang mak kau ni da tue..da takde gigi..len kali beli la cheezy wedges ke, spicy chicken mcdeluxe ke, fillet o fish ke.." bebel emak kepadaku..terkesima aku sejenak..ahh, fikiranku sentiasa melayang-layang bagai layang-layang rindukan pokok..sedap juga pekene roti cicah milo ni, fikirku..kalau ade nasik ayam,memang la aku bantai nasik ayam time-time perut da mendendangkan lagu-lagu rock, bukan lagi etnik kreatif..tp masalahnye roti tu je yang ade..aku pon cut la scene-scene aku pi amik roti tu..takot meleret-leret pulak cite ni..jadi, bile aku nak mencapai mug milo aku yang berdirinya bersebelahan je ngan laptop kakak aku tu, tibe-tibe..argghhhhhhhhhh








bukan air tumpah atas laptop laaa....tp









bahalal punye cimut!!!


naseb baek ko tu semut, kalau ko tu ikan mesti aku cakap..
naseb baek ko tu ikan..

Monday, February 08, 2010

Bloggers

Apa itu blog?

Blog ialah benda moden yang telah digunapakai dan dimonopoli oleh anak-anak moden yang telah direka oleh otak-otak moden yang suka menulis tetapi bukan menulis sangat, menaip. Apa ke jadahnya nak tulis atas screen laptop walaupun ada touch screen sekarang ni. Walaupun aku agak terlambat dalam pembikinan laman cyberia berfantasi a.k.a blog ini, tapi aku masih rasa bersyukur kerana mendapat petunjuk untuk menjadi sebahagian daripada ahli otak moden atau lebih dikenali sebagai ahli pasukan otak moden walaupun hanya diiktiraf sebagai ahli otak moden taraf sederhana. Kalau nak dibandingkan blog aku ini dengan blog-blog bloggers yg masyhur seperti kobakoga, sang harima dll, tak dinafikan persaingan memang amat sengit bagi menentukan juara. Ini kerana jiwaku masih mentah mengalun dan menyimpul onak-onak kata untuk menghasilkan suatu kiasan kata yang menarik. Namun demikian, aku bukanlah manusia yang mudah mengalah ibarat pancing keli,keli yang dapat.

Adakah laman cyberia berfantasi a.k.a blog ini satu keperluan ataupun sekadar keinginan dan kegilaan para pelaman-pelaman cyberia berfantasi@ bloggers? Daripada penelitian aku sebagai ahli otak moden, laman cyberia berfantasi ini digunakan untuk bermeditasi sesuai dengan alaf baru ini. Kerana kurangnya minat untuk bermeditasi di dalam gua, di atas batu waima di atas pokok seperti yang diajar oleh penghuni abad lalu, maka terciptalah laman cyberia berfantasi @ blog yang sedang di uar-uarkan olehku secara panjang lebar di atas. Zaman semakin canggih sekarang, aku terpaksa berlari-lari anak untuk mengejar arus yang dibawa oleh teknologi ataupun nama pendek tknologi. Kesimpulannya mudah, maksimum 4 ayat dan lebih kurang 4/5 baris je. Itu yang cikgu aku ajar.