Monday, February 21, 2011

Usaha Tangga Kejayaan

Kunci ku masukkan betol-betol dalam lubangnya. Ku pulasnya setengah pusingan. Ku pastikan dulu icon N menyala. Picu untuk menghidupkannya, ku senjah sekali. Tak hidup. Ku senjah lagi sekali. Hidup dua saat dan terus mati balik. Aku da mula naik hangin. Darah dah naik ke kepala. Ku senjah kali ketiga, sambil tangan kananku memulas-mulas pemulas yang memang dibuat khas untuk kerja-kerja memulas. Akhirnya dia dah serik untuk mati. Hidungku sedikit terkembang tanpa disedari. Mungkin agak bangga dengan diri sendiri dalam mengendalikan benda ini. Penuh pengalaman. Penuh keyakinan. Sangat bersahaja. Tapi kurang kesabaran. "Tidak sia-sia hidup 20 tahun", getus hatiku bangga.

Gear satu ku pijak selamba. Sambil tangan kiri mengorek telinga, sambil tangan kanan memulas pemulas. Motor bergerak dengan sendirinya. Canggih benor zaman sekarang. Tak payah susah-susah nak kena kayuh. Pulas je. Motorku bergerak seiring dengan kemahuanku. Bila ku rasakan minyak sudah sebati dengan enjin, lalu ku perlahankan pulasan dan terus menyental kaki kiri ku ke depan. Lalu terjadilah gear dua. Memang selamba! "Rugi betol aku tak buat begini masa kecik-kecik dulu, kalau tak mesti Valentino Rossi tu jadi assistant aku je sekarang. Tolong tolak-tolak dan pegang-pegang motor aku. Basuh seminggu sekali. Dapat jugak aku banggakan Mat Said. Kahkah!" celotehku sendirian.

Sedang aku memandu dengan lajunya dalam gear 4,tiba-tiba ku seluk poket guna tangan kiri. Tangan kanan masih pegang pemulas untuk kawalan supaya tak terjun longkang. Ku ragut henset dari poketku sendiri. Ku lihat jam pada skrin henset. Remaja memang tak pakai jam tangan. Kalau ade remaja pakai jam tangan, tu bukan remaja. Tu ramja.
"Owoh, 8.50 doh??!", jeritku buat-buat terkejut. Sememangnya aku sedar menjadi manusia berdisiplin memang susah dan tak ada life. "Zaman lening mane ade pelajar tunggu cikgu, patot cikgu kena tunggu pelajar" kata-kata brader Ismail Ali, seniorku semasa di SMKKK, selaku ketua samseng sekolah ketika itu mula terngiang-ngiang di kepalaku. Dibuang sekolah mase form 4 gara-gara menconteng kereta pengetua dengan paku. " Art" katanya. Masuk kelas setengah jam lewat memang menjadi trend bagi remaja sekarang. Aku pon mula terikut-ikut dengan trend yang tak berapa nak sihat ni. Cis!!

Sampai tempat parking motoskal, aku park-in moto elok-elok. Tak lupa mangga dengan dua bijik mangga. Zaman sekarang kalau biar je tak bermangga memang cari nak'as. Safety first bak kata budak-budak bandar. Budak-budak kampung tyme tu tak kenal bahaye ke selamat lagi. Mereka cuma tau terjun sungai mase tu. Bile siap mangga moto ku dengan dua bijik mangga, aku pon membaca sedikit doa sebagai mangga nombor tiga. Rempit-rempit jugak, doa kena ade jugak dalam dada. Teringat kata-kata emakku semasa aku nak naek bas sambil diselit not rm5 ketika bersalam. RM5 je!! Tapi aku boleh tahan lagi yang tu. Tapi yang tak boleh tahannye, time aku nak amik buku dalam raga moto, aku tengok raga kosong je. "Pokke! pokke! pokke!" carutku tiga kali. Ku bukak semula mangga dengan sabar. Ku setat moto. Ku pandu laju-laju lagak macam nak balik amik buku.

Sampai-sampai je, tanpa banyak cakap, tanpa banyak celoteh dan tanpa perasaan aku order nasik lemak ayam dengan teh ais.

"Nasib baek kedai mamak bukak pagi-pagi begini" Usikku kat sorang macha yang amik order.

Macha tu buat-buat tak dengar sambil lap meja. Cis!

Tuesday, February 08, 2011

Fakta Menarik Mengenai Lelaki & Wanita

1. Wanita suka shopping, lelaki lebih suka bekerja keras supaya isteri atau teman wanita mereka dapat shopping dengan bergaya.

2. Wanita banyak tido banyak tak ingat dunia. Lelaki banyak tido tapi masih ingat dunia.

3. Wanita selalu periksa gigi. Takut rongok. Lelaki tak kisah gigi gongok asal muka hensem.

4. Sperma lelaki menentukan jenis kelamin!!

5. Wanita tidak suka ditanya berat mereka. Lelaki cool je.

6. Tulang punggung wanita lebih besar dan lebar daripada lelaki.

7. Wanita lebih pandai dalam agenda berciuman disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.

8. Wanita sememangnya diketahui mempunyai masalah bau badan ketika berpeluh berbanding lelaki.

9. Lebih banyak wanita menggunakan spek dan kontek lens, antara usia 16 – 44 tahun

10. Kebiasaannya, lelaki lebih cepat pekak berbanding wanita.

11. Suara wanita tak berapa sumbang. Suara lelaki memang tak boleh nak ajak karaoke. Kebanyakannya. Tepuk dada, tanya kawan.

12. Wanita menghasilkan 2 juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika dalam kandungan, lelaki terus-menerus memproduksi sperma hingga ke tua. Kuat!

13. Lelaki lebih pandai bersukan berbanding wanita. Wanita pandai masak je.

14. Kalau diberi warna merah atau biru, lelaki lebih terdorong pilih warna merah dan wanita sebaliknya.

15. 30 peratus wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama. Lebih miang la kata orang melayu. Ingat lelaki. Bulan purnama!

16. Lelaki lebih suka baca peta berbanding buku. Wanita suka baca buku tak suka baca peta. Kalau sesat baru nak belaja baca peta.

17. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.

18. 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena kanser payudara pada tahun 1990!

Tuesday, February 01, 2011

Mengejar Mimpi 2

Bang!! bang!! bang!!

Suasana hening seketika.

Di suatu tempat di atas sebuah bangunan Bank Nasional yang jaraknya kira-kira 13 km dari tempat Galak dan Jaki bertarung, kelihatan Sarjan Helmi menghela nafas panjang. Bidikannya menjadi kali ini. Tubuh Galak dan Jaki hancur berkecai dimakan peluru sniper Sarjan Helmi. Asap masih lagi berkepul-kepul keluar dari lubang snipernya sementara beliau bangun membetulkan seluar dan terus berlalu dari situ.


******


Darah di atas lantai mengalir banyak. Sekujur tubuh terlentang bersama tiga bilah pisau tertanam pada tubuhnya. Kelihatan dari jauh, Mak Kiah sedang bertungkus-lumus mengangkat sebiji batu sebesar pemeluk. Dari jarak 10 meter, Mak Kiah membaling batu tersebut sepenuh tenaga dan hasilnya, tepat menemui kepala tubuh yang terkujur itu. Memang itu yang diharapkannya. Mak Kiah memandang penuh bersahaja. Disambungnya balik kerja menyapu lantai yang agak berhabuk itu. Padahal semalam baru je disapunya. Sebaik sahaja batu bertemu kepala, maka pecah berkecailah lantai rumah papan itu lalu membentuk satu lubang besar yang besarnya memang orang dulu-dulu cakap, besar!! Seperti kebiasaan, Pak Cik Tombi atau lebih senang dipanggil Uncle Tom yang sedang membelek surat khabar, akan menghempas surat khabar ke meja seperti orang baru lepas check nombor ekor tak mengena, seterusnya meneguk kopi seteguk dan akan menyusun balik akhbar yang berselerak dihempasnya tadi dan menyambung balik bacaannya.

"Ada anak, tak boleh harap. Malam-malam keluar rumah. Balik-balik 3 4 pagi. Siang-siang, bukan nak nolong mak nya di dapur ni haa. Makan pagi kita sedia, makan tengah hari kita masak, makan malam kita beli. Bukannya reti nak membalas jasa kite. Kite ni da la banyak keje laen nak buat. Pinggan mangkuk tak terbasuh lagi. Baju-bajai tak terjemur lagi. Anak Pak Ali sape nak jaga..."

Zasss!!!

Din Nik Pahang mengangkat kepala laju. Pasir-pasir hitam berdebu bawah rumah membasahi mukanya. Aah!! Dia mengerang sekali. Terasa sakit-sakit di kepalanya. Batu besar ditolaknya jauh-jauh tak ingat dunia lalu terpenyek lah ayam serama Uncle Tom yang dibelanya sejak 3 tahun lalu. Hajatnya nak masuk bertanding peringkat kebangsaan esoknya. Hadiah ringgit malaysia dua ploh ribu. Dah ada dalam kepala Uncle Tom nak angkat myvi lagi satu. Orang-orang kampung cakap serama Uncle Tom memang top. Memang boleh menang. Warna cantik. Body dye, fuhh! bukan main lawa. Berkokok die sedap, bunyi merpati pon ada. Tapi sekarang, serama dah jadi habuk. Masa tak boleh diundur. Hanya tinggal kenangan dalam impian.

Din Nik Pahang bingkas bangun sementara pisau masih lagi melekat di badannya. Dia goncang badannya ke kiri dan kanan dua tiga kali. Sekelip mata sahaja, pisau-pisau itu sudah tiada. Dilihatnya mayat serama penuh sayu. Lempeng! "Macam mane kalau bapak tau, mampus aku!" fikirnya. Tak lama kemudian, dia mendapat satu idea. Cepat-cepat dia masuk ke rumah melalui pintu belakang dan terus mencapai sebuah mug dari rak cawan. Dibubuhnya gula 3 sudu, milo 2 sudu, air panas setengah mug, air sejuk setengah mug. Dikacaunya. Diteguknya sambil memandang ke luar tingkap.

"Anak Mak Lang kawen esok kan, mak.."

"Hmmm.." Jawapan terpancul dari mulut Mak Kiah. Ringkas. Bersahaja. Tepat antonasinya.

Din Nik Pahang mengangguk-angguk.