Thursday, January 20, 2011

2 ALAM (intro)

Hujan turun dengan sangat lebat sehingga kambing-kambing di jalanan meronta-ronta mencari cahaya matahari yang sudah lama dinanti-nantikannya. Masuk hari ni, sudah 3 hari hujan turun dengan lebatnya tanpa mempedulikan rintihan penduduk di kawasan itu. Hujan yang turun penuh bernafsu seakan-akan tidak akan berhenti untuk seminggu lagi, mungkin dua atau tiga minggu berikutnya. Begitulah lumrah alam, adakalanya hujan, adakalanya mendung, adakalanya panas. Semuanya tidak dapat ditafsirkan dengan kata hati. Namun manusia tetap lupa dan tidak pernah bersyukur dengan apa yang mereka dapat. Jika hari panas, mereka kata panas,asyik berpeluh dan nak kan hujan turun. Tapi bila hujan, mereka marah-marah kat hujan, bila nak berhenti. Oh hujan, jangan la engkau bersedih hati dengan manusia. Sesungguhnya perangai mereka memang begini. Jarang bersyukur dengan apa yang ada di depan mata.

Tapi di suatu sudut di dalam hujan yang sangat lebat itu, ada seorang lelaki yang kelihatan begitu bersyukur dengan anugerah Tuhan. Dalam suhu yang membeku begitu, dia cuma mengenakan seluar pendek tanpa baju, selipar jepun. Badannya yang susuk itu jelas kelihatan dek dicurah air hujan bertubi-tubi. Tulang gitarnya yang terpampang megah begitu menampakkan betapa laparnya dia ketika itu. Namun,dia hanya terseyum nipis sambil mengulangi ayat 'aku suka simtong, kau suka paipong' berulang-ulang kali tanpa rasa jemu diselang-seli dengan ketawa girang tak ingat dunia. Kegembiraan jelas terpancar di wajah Suhaimi Mustafa ketika itu sambil dia berlari-lari anak mengelilingi tiang bendera.

Perangai Suhaimi Mustafa itu diperhatikan oleh Juliana Epan tanpa perasaan dari dalam kereta yang sedang dipandu perlahan oleh Pak Kamil. Dia sudah akur dan masak dengan perangai Suhaimi Mustafa itu. Mereka begitu rapat suatu ketika dahulu.Sekolah rendah satu kelas, sekolah menengah satu kelas tapi berpisah selepas itu. Juliana Epan ke UITM Dungun, manakala Suhaimi Mustafa ke University of Birmingham. Tapi sejak kematian neneknya yang satu-satunya orang yang mempunyai talian darah dengannya, dia beralih arah. Daripada University of Birmingham kepada University of Nottingham. Selepas mendapat kelulusan Master di sana, dia membuka klinik persendirian di kampung. Hendak berbakti dengan orang kampung katanya.

Juliana Epan sebenarnya dalam perjalan pulang dari konvokesyennya di UITM Dungun ketika itu. Setelah bertahun-tahun mencuba untuk grade dalam diploma jurusan kulinari, akhirnya air matanya mengalir juga dengan sangat deras penuh kesyukuran setelah berjaya menghabiskan pengajian dalam bidang kegemarannya. Sungguh tak terduga secepat itu dia dapat menghabiskannya sedangkan Suhaimi Mustafa sudah 3 tahun membuka klinik percuma untuk penduduk. Juliana Epan memiliki paras rupa idaman setiap lelaki, mempunyai suara menggiurkan mata bulat bak burung hantu, badannya lansing mengalahkan Suhaimi Mustafa. Tak kurang juga,dia merupakan anak kepada Dato' Hakimi, ADUN Sg Beliat. Semuanya perfect 10 untuk Juliana Epan, jauh panggang dari api jika dibandingkan dengan Suhaimi Mustafa. Muka tak brape nak menjadi, poket asyik kosong, naseb baek ada ilmu di dada. Pengubat duka.

2 comments: