Saturday, December 25, 2010

Amalan Bangun Daripada Tidur yg Enak Gitu Sih

Dari Abu Hurairah ra katanya, Nabi saw bersabda : “Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan lubang hidungmu) tiga kali kerana syaitan tidur di dalamnya”. (Muslim)


P/S: Sama-sama kita beramal.

Sunday, November 28, 2010

Newcastle vs Chelsea : Alex dirasuah

Ini hari aku tanak cakap panjang..senang crite,aku terus terang berkata 2 hari lepas aku ada terserempak dengan Peter Cech tengah pekena nasik goreng belacan dekat Cafe Zubair. Aku sedikit terkejut.Sedikit hairan.Sedikit marah. Semuanya bercampur-baur.
"Nak rase makanan Melayu,anceloti kata makanan kat sini best" katanya tanpa aku tanya. Aku mengangguk 2 3 kali.
"bangang!!". Hatiku melatah kecil. First time aku tengok die makan guna tangan. Dia perasan aku tengok dye makan guna tangan.
"Adat melayu kite kena kekalkan, kalau bukan kite,sape lagi kan.." sampuknya selamba sambil menyuap nasik dengan lahap sekali. "bodoh mamat ni rupanya." aku mencarut buat kali kedua. Adat melayu apa makan pakai glove keeper.

Melihat perbuatan bodohnya itu,aku pon lantas berbisik kepadanya, malam ni kalau kau buat-buat bodoh lawan pasukan kuda belang tu, aku belanja kau nasik ni satu lagi. Sambil aku menunjuk ke arah nasik yang dye sedang makan.

"cantek!!" die tersengih hodoh sambil mengangkat dua jari best ala-ala dr rozmey. Sejenak aku berfikir, dalam diam aku mengagumi Dr Rozmey yang ternyata manusia luar biasa. Bukan sahaja dikenali dalam negara malah seantero dunia.

"macam mana kau kenal dr rozmey??" aku saje buat-buat tanya

"2 Alam terbaek!!" jawabnye sambil mengangkat dua jari best skali lagi. Tapi kali ini dye berdiri. Posing sebijik macam Dr rozmey. Bersungguh-sungguh benar aku tengok dye.

"3 kali aku masuk panggung, dipapah keluar.terbaek!!" ceritanya serius.

"orang Malaysia tu.." Aku menjawab sambil buat muka bangga.

"Ok la peter porn, aku ade hal ni. Banyak lagi keje nak buat dari dok layan kau ni, bukan buleh pekdah pon. Tapi ingat tau.Buat-buat bodoh malam ni.Nasik Goreng Belacaaan.. Chow!" Aku berlari meninggalkan dye sambil membuat lipatan gunting. Mana la tau kot-kot dye bleh rekemen aku kat pak cik anceloti.

Dari jauh, aku lihat dye masih terlopong. Mungkin aku tersalah panggil nama dye kot. Lantak hang la.


......


Selesai perlawanan, aku marah-marah. Aku call dye. Voice mail. Bangsat. membazir duit aku 15 sen. Dah la nasik goreng belacan dye da amik. 4 ringgit pulak. Aku cukup marah. Ku tumbuk meja kuat-kuat. Semua orang di cafe Ali memandang aku. Aku buat selamba sambil buat lipat gulung 3 kali.

treet treet..poketku bergegar. Ku seluk, ku ambil, ku lihat. Sekeping mesej bergambar dari Peter Cech. Gambar Alex budak botak!. Ku lihat tv balik, pemain chelsit yang kecewa sedang masuk ke bilik persalinan. Kelihatan budak botak tu membawa sesuatu dalam plastik.

Nasik goreng belacan!!



Tuesday, October 26, 2010

Ahad (cuti umum)

Pada pagi ahad 24 Oktober,seperti ahad-ahad sebelumnya, matahari akan muncul di kala Sulaiman masih lagi terlentang luas di tengah-tengah rumah bersama tilam comot dan bantal tidak bersarung kesayangannya. Leteran emaknya di dapur memarahinya sambil menyediakan sarapan hanyalah seperti memberinya selimut tebal di hari yang dingin. Manakan air setitik nak melawan api sebelanga. Selagi bunyi mesin rumput Mak Piah isteri Pak Cik Kamsah belum kedengaran, selagi itulah Sulaiman kaku seperti ular sawa kenyang lepas makan kambing Pak Kordi.”Preeng!! preeng!! Preng preng preeeeng!!!” bunyi mesin rumput dihidupkan. Seperti biasa, terkumat-kamit mulut Sulaiman marah-marah seorang diri tanda protes tidak cukup tidur. Memang menjadi rutin mingguan,Mak Piah akan menggunakan mesin rumput untuk menebas lalang di sekeliling rumahnya selesai sahaja solat Asar.


Biasa-biasa matahari akan naik sebelah timur. Tapi pada hari ahad itu, matahari kelihatan naik sedikit tenggara daripada biasa. Ini menunjukkan kompas yang baru dibeli semalam oleh Khairunizam di Pasaraya Mydin sudah tidak boleh dipercayai. Mencarut-carut Khairunizam sambil membalingkan kompas yang baru dibelinya itu ke arah kucing kesayangan emaknya yang sedang tidur. Sudah menjadi kebiasaan spanar hidup akan melekat balik ke mukanya. Khairunizam tersengih-sengih kagum melihat tindakan pantas emaknya sambil mengelap darah yang berciciran di kepalanya. Pak Cik Hasan Bakri yang sedang membaca akhbar sekadar tersenyum melihat ragam dua beranak itu.


“Kriiiiiing!!!!!”

Jam loceng milik Kamal Ali berbunyi mengejutkan seluruh penghuni Taman Idaman yang sedang nyenyak tidur. Seperti biasa, Kamal Ali yang merupakan pengawas sekolah Darjah 4 bingkas bangun mencapai tuala dan terus bergegas ke bilik air. Menjawat jawatan pengawas bukanlah sesuatu yang dipandang ringan oleh Kamal Ali. “Disiplin dan komitmen mestilah sebati dalam diri”, ujarnya seorang diri di depan cermin di dalam bilik air sebaik sahaja selesai mandi setiap hari. Selepas mengenakan kemeja pengawas lengan panjang warna hijau dan seluar pendek paras peha ala-ala zaman 50-an, Kamal Ali terus ke dapur. Sesampainya di dapur, dia terus membuka tudung saji penuh excited. Kosong! Kamal Ali melangkah kecewa tetapi pantas mencapai kasut Pallasnya. Dalam hati, Kamal Ali memasang tekad untuk mengubah perangai ibunya supaya lebih berdisiplin suatu hari nanti. Kamal Ali kemudiannya menghampiri seorang pakcik yang sedang menanam pokok kaktus.”Ayah, pergi dulu” berkata akan Kamal Ali penuh sopan seraya menghulurkan tangan. Pak Cik Khamis Ali menyambut tangan anaknya itu seperti biasa. Dicium tangan ayahnya lama-lama. Pak Cik Khamis Ali sudah menduga. Diseluk poket bajunya sambil mengeluarkan sekeping not warna biru. Kamal Ali pantas merampas not tersebut dari tangan Pak Cik Khamis Ali dan berlalu pergi. Pak Cik Khamis Ali menggeleng-gelengkan kepala melihat reaksi anak kesayangannya itu. Kamal Ali mencapai basikal dan mengayuhnya dengan kayuhan bertenaga supaya cepat sampai. Sampai di sekolah, kelihatan gate sekolah masih belum dibuka. Kamal Ali tersenyum puas. Pak Guard tewas di tangannya.Pak Guard bukan lagi lawan Kamal Ali dalam acara siapa sampai awal ke sekolah. Apatah lagi pelajar-pelajar lain yang memang sudah mustahil untuk menandingi kehebatannya.

“Nak, hari ini hari apa?” tegur seorang pakcik dalam lingkungan umur 90-an yang sedang menunggang kuda melalui kawasan itu.

“Ahad pakcik” jawab Kamal Ali senang hati.

Seperti biasa,dilihatnya pakcik yang bertanya tadi sudah jauh memecut kuda tunggangan beliau dan meninggalkan Kamal Ali dengan seribu teka-teki.

“Ya Allah!” Kamal Ali menepuk dahi bertubi-tubi seperti biasa.

Di kejauhan, terukir senyuman nipis di bibir pakcik koboi sambil menurunkan menurunkan visor seraya mengarahkan kudanya memecut ke kelajuan maksimum.

Saturday, October 09, 2010

Mengejar Mimpi 1

Di suatu sudut di belakang pohon durian yang tingginya memang sesuai jika dipanggil pohon durian, kelihatan seorang pemuda tidak berbaju berseluar tiga suku adidas segak berdiri sambil mengasah sebilah parang panjang. Gaya asahannya menunjukkan dia bukan orang-orang biasa, tetapi lebih kepada orang zaman purba dulu kala. Bermata sepet, hidung kemek, telinga kecik dan rambut kerinting rapat-rapat menambahkan lagi perisa kekunoannya. Badannya tegap berketul-ketul menandakan dia bukan lah lawan yang mudah kepada Superman mahupun X-men. Asahannya begitu halus dan teliti tetapi bertenaga. "Bukan calang-calang manusia", bisik orang ramai tatkala melihat Galak.

Beberapa jurus waktu kemudian, satu lembaga manusia menjelma beberapa kaki sahaja daripada tempat Galak mengasah parang. Tinggi dan tegap orangnya dan berkulit putih gebu, mukanya ala-ala barat memang sedap mata memandang. Berdirinya sedikit senget tetapi teguh di kala menggenggam erat sebatang tombak di tangan kanannya, memang menampakkan gaya pendekar sebenar.

Jelingannya yang tajam ke arah Galak menyebabkan angin kuat menghembus tempat berdirinya mereka berdua. Rambutnya yang panjang mengurai berterbangan di tiup angin. Galak yang dari tadi sibuk mengasah parang tanpa mempedulikan kehadiran Jaki memberi jelingan pemusnah kepada Jaki tanda cemburu melihat rambut pendekar itu dan sedikit protes dengan dirinya yang dahsyat sekali bezanya berbanding Jaki.

Suasana sekeliling yang menjadi saksi pertarungan kedua mereka yang bakal berlaku dengan dahsyatnya menjadi hening seketika. Hanya hembusan nafas mereka sahaja yang dapat didengari. Galak yang lagaknya macam sedang mengasah parang sebenarnya sudah bersedia dari awal-awal lagi untuk menghadapi ancaman Jaki dari pelbagai arah. Peluh keringat yang membasahi pipi dan dahi Jaki pula bukanlah menggambarkan perasaan gemuruhnya berhadapan Galak tetapi membuktikan dia sudah warm-up terlebih dahulu sebelum bertemu Galak, bimbang berlaku kekejangan di mana-mana bahagian anggota badan semasa pertarungan.

"Galak!" seru Jaki lagak anak jantan.

"Ye saya", jawab Galak sopan.

Jaki menyambung, "Pertarungan ini.."

"memang tidak dapat dielakkan lagi!", sampuk Galak tanpa mempedulikan Jaki untuk menghabiskan kata-katanya.

Jaki memandang geram kepada Galak. Tiada respon yang diharapkan daripada Galak.

"Ayuh Galak! Masa sudah mencemburui kita!" teriak Jaki spontan sambil melompat tinggi ke arah Galak.

Galak sedikit kaget...

Sunday, October 03, 2010

Chelsea vs Arsenal : Pertarungan biasa-biasa

Suatu pagi pada 3 Oktober 2010, Pak Cik Ancelotti kelihatan duduk di salah sebuah kedai mamak di Sungai Pusu sambil menghirup kopi jantan yang baru di ordernya sebentar tadi.
"mamak! Roti pisang satu..kasik manis-manis ye.." sergah ancelotti kepada mamak yang sedang khusyuk menebar roti canai.
"tarak hal, manis manis manis manis pon saya bole buat". Usik mamak mengada.
Tiada respon daripada Ancelotti menandakan mamak itu tidak sefemes beliau sambil meneguk minumannya dalam-dalam. Mungkin merenung perlawanan malam ini menentang kelab biasa-biasa saje. Tiada apa yang perlu dirisaukan sebenarnya. Cuma mengira jumlah gol yang perlu disumbat malam ni.Angka 16 berbalas 0 mungkin paling ideal jika difikirkan tentang belas kasihan terhadap lawan.

Selang beberapa minit kemudian, roti pisang feveret yang dipesannya tadi sampai diikuti seorang lelaki yang tak asing lagi bagi warga Tadika Makmur Pinang Sebatang, abang Wenger. Datangnya berbajukan baju sejuk yang banyak gelembung-gelembung udara. Sejuk sangat agaknya kat Sg. Pusu tu. Ancelotti yang memakai t-shirt pagoda dan seluar hawaii memandang abang wenger sambil menggelengkan kepala tanda menyampah.

Abang wenger yang dari tadi berdiri, sibuk meng-usha awek yang lalu-lalang akhirnya duduk juga di depan dan semeja dengan ancelotti.

Dengan muka berseri-seri abang wenger memulakan bicara.

"kau dapat patin ari tu, guna umpan ape?" tanya abang wenger penuh sopan.

"mak kau". Jawab ancelotti ringkas sambil meneguk kopi jantan.

Tuesday, September 21, 2010

Manusia banyak ketawa

Aku baru lepas semayang asar pukul 6 petang dalam bilik. Aku dengar bunyi bising-bising dekat bawah. Aku jenguk ke luar tingkap. Sebatang jalan lurus dan pokok-pokok di tepinya. Mereka diam je. Aku dengar manusia bercakap-cakap dalam nada yang agak tinggi tapi tak kelihatan lenggok tubuh mereka. Tambahan, aku tidak paham apa yang mereka cakapkan. Mungkin jarak kami agak jauh, jadi pendengaranku terbatas. Mereka rancak berborak dalam nada suara yang kuat. Mungkin untuk menarik perhatian awek-awek yang lalu-lalang sekali-sekala. Selang beberapa saat, aku terdengar mereka ketawa

"hahaha"

Aku melihat pokok-pokok yang tumbuh bagai nak rak. Aku terjun ke katil. Tak terdaya aku nak melayan ketawa mereka.

"manusia memang suka ketawa," fikirku..

Sunday, September 12, 2010

Imam Rempit

Sini aku nak crite satu kisah bagaimana seorang mat rempit boleh jadik tok imam. Aku harap crita ni boleh jadi pengajaran kepada semua. Nak disimpulkan di sini, hati manusia siapa yang tau. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Kisah bermula, ada seorang yang betul-betul berjiwa rempit pada suatu ketika dahulu. Biasalah, orang muda. Darah panas,jiwa panas mana boleh duduk diam-diam kalau malam menjelma.Tak rempitlah namanya kalau muka macam hantu laut tapi malam-malam ajar adik buat kerja sekolah.Itulah dia Jalak Si Rempit Sepanjang Zaman. Itulah nama yang paling sesuai untuknya.Suatu petang, Jalak menerima sekeping sms daripada kawannya yang berbunyi, 'Lak, malam ni ada lumba-lumba kat kg. piai..jom r join. hadiah 2k beb..bleh tukar piston baru kalau menang..=P' Jalak yang pantang diajak maen lumba-lumba terus membalas 'salam..cantek mat..gua on saja..;-)'

Jam 7pm, Jalak sudah pon berangkat dari rumahnya untuk pergi ke tempat rempitan yang dimaksudkan.Dengan motor Yamaha LC 135 half-modified kepunyaan nya serta rambut ikal mengurai tidak lupa jaket kulit ala-ala kumpulan Gun &Roses dan jeans carik di lutut melampau, maka terserlahlah imej rempit beliau. Maka bergeraklah dia daripada rumah. Diringkaskan cerita,di dalam perjalanan,dia terdengar laungan azan Maghrib.Terfikirlah dia, 'eish, da masuk waktu maghrib ni, kalau aku tak semayang dulu, mana tau aku mati masa merempit, neraka la aku nanti'.Jadi,singgahlah Jalak di surau berdekatan ingin menunaikan kewajipan, walaupun di dalam hatinya timbul sedikit kerisauan bimbang terlewat sampai ke tempat perlumbaan dan akan ditinggalkan kawan-kawan serempitan beliau dan tak dapat lah dia nak menang perlumbaan itu dan menukar pistonnya yang sudah tak ber'gas' itu.

Di surau, kedapatan seorang imam tua.Semakinlah risau akan Jalak akan kesuntukan masa melihatkan pak imam tua yang bertongkat dan terketar-ketar.”Tentulah lambat habis solat maghrib kalau macam ni gayanya kalau aku bermakmumkan pak imam tua ni’”.Lalu disuarakanlah kerisauannya kepada pak imam tua tersebut.”Pak Imam tua, lu semayang cepat sikit boleh tak,gua nak pergi merempit pulak ni”.

Walaupun sedikit terkejut mendengar kata-kata mat rempit yang agak ‘sopan’ itu, di offerlah pak imam tua tersebut kepada Jalak,”Orang muda, kau sajalah jadi imam”.

Bersetujulah Jalak untuk mengimami makmum yang tak berapa ramai itu.”Betul jugak,baik gua je jadi imam.Boleh gua cepatkan sikit solat maghrib ni.Tak derlah gua terlepas nak pergi merempit nanti”,

Diringkaskan cerita, menjadi imamlah Jalak akan solat maghrib tersebut.Dimakmumkan oleh pak imam tua dan beberapa orang lagi makmum.Terpegun dan terpana lah akan pak imam tua & de gang mendengar bacaan Jalak.Dengung dan tarannumnya tak tumpah macam Syeikh Mashari.Sungguh merdu dan gemersik.Kalau dalam bahasa mat-mat rempit,”Dahsyat la lu siot”.

Sesudah memberi salam, berkatalah pak imam tua tersebut,”sedap sungguh bacaanmu wahai orang muda ..lain kali bolehlah jadi imam jemputan surau kami”. Jalak dengan hidung yang kembang kempis dan dalam nada berbisik berkata kepada pak imam tua itu,”terimakasih pak imam tua atas pujian lu tu.Itu gua solat tak ambik air sembahyang tu, kalau gua solat ambik air sembahyang..fuhh..lagi power pak imam!”






***moralnya di sini,nak buat mende-mende, amik air semayang dulu. baru berkat.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin..