Monday, February 21, 2011

Usaha Tangga Kejayaan

Kunci ku masukkan betol-betol dalam lubangnya. Ku pulasnya setengah pusingan. Ku pastikan dulu icon N menyala. Picu untuk menghidupkannya, ku senjah sekali. Tak hidup. Ku senjah lagi sekali. Hidup dua saat dan terus mati balik. Aku da mula naik hangin. Darah dah naik ke kepala. Ku senjah kali ketiga, sambil tangan kananku memulas-mulas pemulas yang memang dibuat khas untuk kerja-kerja memulas. Akhirnya dia dah serik untuk mati. Hidungku sedikit terkembang tanpa disedari. Mungkin agak bangga dengan diri sendiri dalam mengendalikan benda ini. Penuh pengalaman. Penuh keyakinan. Sangat bersahaja. Tapi kurang kesabaran. "Tidak sia-sia hidup 20 tahun", getus hatiku bangga.

Gear satu ku pijak selamba. Sambil tangan kiri mengorek telinga, sambil tangan kanan memulas pemulas. Motor bergerak dengan sendirinya. Canggih benor zaman sekarang. Tak payah susah-susah nak kena kayuh. Pulas je. Motorku bergerak seiring dengan kemahuanku. Bila ku rasakan minyak sudah sebati dengan enjin, lalu ku perlahankan pulasan dan terus menyental kaki kiri ku ke depan. Lalu terjadilah gear dua. Memang selamba! "Rugi betol aku tak buat begini masa kecik-kecik dulu, kalau tak mesti Valentino Rossi tu jadi assistant aku je sekarang. Tolong tolak-tolak dan pegang-pegang motor aku. Basuh seminggu sekali. Dapat jugak aku banggakan Mat Said. Kahkah!" celotehku sendirian.

Sedang aku memandu dengan lajunya dalam gear 4,tiba-tiba ku seluk poket guna tangan kiri. Tangan kanan masih pegang pemulas untuk kawalan supaya tak terjun longkang. Ku ragut henset dari poketku sendiri. Ku lihat jam pada skrin henset. Remaja memang tak pakai jam tangan. Kalau ade remaja pakai jam tangan, tu bukan remaja. Tu ramja.
"Owoh, 8.50 doh??!", jeritku buat-buat terkejut. Sememangnya aku sedar menjadi manusia berdisiplin memang susah dan tak ada life. "Zaman lening mane ade pelajar tunggu cikgu, patot cikgu kena tunggu pelajar" kata-kata brader Ismail Ali, seniorku semasa di SMKKK, selaku ketua samseng sekolah ketika itu mula terngiang-ngiang di kepalaku. Dibuang sekolah mase form 4 gara-gara menconteng kereta pengetua dengan paku. " Art" katanya. Masuk kelas setengah jam lewat memang menjadi trend bagi remaja sekarang. Aku pon mula terikut-ikut dengan trend yang tak berapa nak sihat ni. Cis!!

Sampai tempat parking motoskal, aku park-in moto elok-elok. Tak lupa mangga dengan dua bijik mangga. Zaman sekarang kalau biar je tak bermangga memang cari nak'as. Safety first bak kata budak-budak bandar. Budak-budak kampung tyme tu tak kenal bahaye ke selamat lagi. Mereka cuma tau terjun sungai mase tu. Bile siap mangga moto ku dengan dua bijik mangga, aku pon membaca sedikit doa sebagai mangga nombor tiga. Rempit-rempit jugak, doa kena ade jugak dalam dada. Teringat kata-kata emakku semasa aku nak naek bas sambil diselit not rm5 ketika bersalam. RM5 je!! Tapi aku boleh tahan lagi yang tu. Tapi yang tak boleh tahannye, time aku nak amik buku dalam raga moto, aku tengok raga kosong je. "Pokke! pokke! pokke!" carutku tiga kali. Ku bukak semula mangga dengan sabar. Ku setat moto. Ku pandu laju-laju lagak macam nak balik amik buku.

Sampai-sampai je, tanpa banyak cakap, tanpa banyak celoteh dan tanpa perasaan aku order nasik lemak ayam dengan teh ais.

"Nasib baek kedai mamak bukak pagi-pagi begini" Usikku kat sorang macha yang amik order.

Macha tu buat-buat tak dengar sambil lap meja. Cis!

19 comments:

  1. hahahaha.....sengal....tu la...dulu time kecik2 teringin gle bwk moto....tp xtau nk tekan gear mne satu....


    bila dah besar ni...perhhh...senang gila rupanya.
    hehehehe...


    mamak tu lupa nk korek telinga kot...hihihi

    ReplyDelete
  2. cik kurekure : mase kecik, xknl lg rossi..haha

    cik kinoskoko : mmg..tu mencarut org baek2 shj..:)

    ReplyDelete
  3. asal mencarot sebot nama panggilan ceq? kekekeek :P

    hye yiyaw eyuewww :P

    ReplyDelete
  4. knp sy x phm????
    haishh...

    ReplyDelete
  5. tu la budak lelaki. kalau lambat pergi kelas, kedai mamak jadi penganti. hahaha.. my classmate selalu macam tu

    ReplyDelete
  6. haha..yieyaw tau tak mksud lengai tuh ape? haha

    ReplyDelete
  7. cik tomato : mana ado..2 name spesis biawak la..haha

    cik fatin : masih blom matang..budak2 mmg tak paham cite org besar..:)

    cik mimie : cik mimie pon salu cmtu jgk kn..haha

    cik gigi : tak tau la..ape tu??

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. haha.. org kedah pggil lengai..
    mcm lmbt sgt la. suka wat benda lmbt2 cm tuh la bhsa sopan..kikiki..
    :P

    mcm yieyaw la da klas pon dok wat lengai lg noh..haha

    ReplyDelete
  10. cik gigi : kalau kt teganu, org panggil dok mekkung

    cik diana : macha tu suke dgr lagu kuat2 gune headphone..

    ReplyDelete
  11. cam tak betol jer.......kat u mamak tak ambek order da....order yang ambek mamak...

    ReplyDelete
  12. fuh..bdq kg gua 2.. tp x add wa lam fb

    ReplyDelete