Aku punya perut, suka bermain-main. Dalam sehari kalau tak bermain-main dengan aku, tak sah. Ada je hal dye nak ajak bermain. Aku ni pulak jenis yang tidak berapa nak suka bermain-main nih. Jenis yang pandang ke depan. Lagi-lagi dengan perut sediri. Lain lah kalau perut Katy Perry ke, tak pon perut Manisha Koirala yang ajak main-main. Memang aku tak pikir dua kali. Ini tidak, perut sediri. Mana ada masa nak main-main nih. Kalau lapar, cakap je lapar. Toksah nak berpantun-pantun.
"Abang, tolong siang sayur pastu koyak bawang. Nak masak special punye".
"Masak ape??" Aku bertanya penuh minat menandakan aku tidak mau bermain-main lagi dengan budak perut nih.
"Megi"
"Ceh! Mentang-mentang mak takdek ket umah, boley la kou pesta megi yok" belebel aku kepada kakak aku yang no 8 dalam 'slam' teganu pantai.
"Nak ke tanak ni.."
Pung pang pung pang
Berpeluh..
Pung pang pung pang
Megi kari..
Pung pang pung pang
"Lambat lagi ke siap??
Pung pang pung pang
Kroooooohhh..kroooh
Pung pung pung!!!!
Kakak aku yang no8 menghentak kuali petanda sudah siap. Aku yang terlentang di dapur menunggu megi siap tersentak terus duduk bercongok sambil tangan kanan mencapai bucu lengan baju kiri dan terus dibawa ke mulut mengelap sesuatu yang berlimpah di situ.
/* Orang cakap, petua nak sihat masa bangun pagi, bangun-bangun terus teguk air masak tak payah berkumur dulu. */
Aku bayangkan situasi di atas sama dengan situasi aku sikarang. Jadi, aku pon
Pung pang pung pang
Eeeeerkhh...Alhamdulillah
Sebagai otai fesbuk, sesudah makan malam memang menjadi rutin aku bukak fesbuk check notifikation lepas tu off oleh kerana tidak tahu untuk berbuat ape. Tapi tidak untuk malam tadi, jiwaku lebih kepada tengok muvie cerita Tron. Ramai orang cakap cerita ni best. Aku pon bukak la cerita Tron menggunakan Gom Player, aku lajukan perjalanan ceritanya sampai suatu sudut yang aku rase belom tinguk lagi, aku kurangkan kelajuan kepada normal. "Rase-rasenye kat sini la kot" gertak hatiku sambil memerhati seluruh sudut skrin laptop tidak berkelip. Hmm. Aku pasti memang kat sini lah part paling last aku tengok sebelom macam mana bulih tertido kelmarin dulu.
Jeng jeng jeng
Akhirnya berjaya jugak aku habiskan cerita ini dengan tiga kali bersambung. Setelah menguap berbelas kali, akhirnya aku mengambil keputusan untuk menutup laptop, menutup lampu, membuka kipas, membuka kebor sambil menutup mata. Selamat malam dunia. Selamat datang pramugari Air Asia. Kehkehkeh
P/S : Sesuai untuk tontonan dewasa sahaja. Budak-budak, AWAS!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
haha,awek mu prmugari Air Asia ke shukri???
ReplyDeleteTRON,langsung aku xdok minat nk tengok cite tu..kui3
haha..begitu lah harapnye mat..
ReplyDeleteaku suke tengok baju ye..style