"Mung nok gi kelah(kelas) dok??" keloi seorang kawan aku dari muka pintu. Aku yang sedang syok bermain FM11 langsung tidak berpaling.Untuk pengetahuan semua, FM11 adalah game pemuda masa kini yang mengimpikan untuk jadi kaya macam Morinho, Anseloti dan Adebayor dalam mase yang singkat. Lihat la abang muben, baru satu season pegang liverpool, dah jadi champion. Nak harapkan Hodgson jadi macam abang muben, "eat your shit!" sampuk abang muben sambil menunjukkan jari best terbalik. "Baek mung beli cordozo, finishing ye 19" rekemennya kepadaku. Inilah manager yang sangat diperlukan liverpool pada mase sekarang. Bersungguh. Kental. Berkarisma. Berjiwa muda. Bukannya beruang koala!
Abang falah juga tak kurang hebatnya. Manakan tidak, 70 perlawanan tanpa kalah. Pergh! Fantastic!! Dengar kata-kata orang yang berbisik, Abramovich ada datang ke uia. Seminggu. Menginap di Cafe Che Ed. Kedengaran sedang mengintai bakat abang falah. Petang isnin, Abramovich dilihat sedang menyorok belakang tong sampoh hijau sambil memerhatikan abang falah main futsal. Petang rabu, dilihat sedang memanjat pagar hijau yang paling tinggi di uia. Sape dapat pukul bola hoki sampai lepas pagar tu, memang legend la beliau. Dengan syarat, secara tak sengaja. Ye! Abramovich sedang memanjat pagar itu sambil melihat bakat abang falah bermain hoki. Dahsyat! Bakat messi versi hoki yang sedang menggelecek bola hoki ketika itu langsung tak dihiraukannya. Lepas ni, mungkin dia nak beli pasukan hoki pulak agaknya. Boleh la abang falah jadi manager hoki sambil endah-tak-endah mengendalikan pasukan bola sepak terulung, Ceh,shit!.
"Weh, jom ah gi kelah(kelas)!! Bersungguh-sungguh satu suara dari satu arah menyeru kawan-kawan yang lain yang sibuk belajar gitar sambil layan lagu Black, yang sedang melayan cerita terhebat abad ini, The Mindy, tak kurang juga yang turut sama melayan The Mindy sambil menghisap sebatang rokok, the Legend. "Mung mayang dok agi??" tanya the Legend serentak menghembuskan asap rokok. Berkepul-kepul asap dikeluarkannya. Menakjubkan. "Mayang doh ah!" Jawab abang *** serius tak bergurau. "mung mayang nape??" tengking the Legend tapi dengan not suara yang rendah bersahaja. "Asor ah!!" Balas abang *** mengukuhkan pendiriannya. Semua penghuni bilik yang tadi berhenti buat kerja mendengar perbualan the Legend dengan abang ***, menyambung kerja masing-masing seperti tiada apa yang berlaku. Abang *** bengang.
Masa diwaktu kejadian, 3.30 pm.
***MORAL***
Memang bes dapat semayang asar dua kali. Esok tak payoh semayang doh. Boleh pegi kelas awal-awal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wau..............
ReplyDeleteha ha ha
ReplyDelete