Saturday, April 23, 2011

Polis-Kejar-Penjahat

Dua tiga hari ni, jangan duk kata blog, fesbuk pon aku tak layan. Nafsuku lebih kepada main kejar-kejar dengan udang baring kat laut nak buat belacan. Boleh buat side income. RM5 seketul. Tu kalau seketul, kalau berketul-ketul?? Ha, ce kire ce kire. Amacam, ada berani??

Wednesday, April 13, 2011

MAeNang memang hak kamU vs Chelshit : Ade ape hal??

Pukul duabelas tepat-tepat, aku sudah setting gebor, sudah tepuk-tepuk bantal, sudah basuh kaki sambil buat-buat kencing, sambil off alarm tanda nak bangun lambat esoknya.

Setelah semua kerja-kerja sebelom nak tido selesai dibuat, aku cepat-cepat pergi bukak laptop layan muvie TRON : Pengalaman MISTERI ke Alam Cyber. Sampai lah aku benar-benar rase hendak tido setelah menguap dan menguap dan menguap dan menguap. Sampai nak berdiri pon tak boleh. Naseb baek aku sudah setting awal-awal lagi perkakas untuk tido. "You cannot change the direction of the wind, but you can change the direction of your sail". Berulang-ulang kali mak aku pesan benda tu kat aku. Daripada umur tengah menyusu sampai ke pandai buat susu sediri, benda yang sama je mak aku pesan. Berkat kesabaran mak, lekat kat telinga sampai aku dah ada kilang susu nasihat mak tu.

Krooh...kroooh..kroohh (tanda aku tengah sedap tido)


Kringggggg!!! kringgggg!!!Kringgggggggg!!!

Aku capai henset di sebelah bantal. Tak ade bunyi.

Kringgg!!!Kringg!!!

Badanku digoncang-goncang macam tabung duit syiling. Rupa-rupanya suara abangku untuk mengejutkan aku. Pandai betol dye menyamar jadi jam loceng. Tertipu aku.

Aku bercongok. Tengok skrin henset. 6.40 a.m. Ade 6 mesej diterima.

Mesej 1 : Daripada U Pulloh > Apecer ramirus

Mesej 2 : Daripada U Pulloh lagi > Ape bende abang mung red card?

Mesej 3 : Daripada U Butep > Ape cite dinasour?

Mesej 4 : Daripada U Pipi > Sedap ngat abg mu maen,maen dah la sedap doh,x kan kad pulop

Mesej 5 : Daripada U Awang > Danesor kena kad meroh,ye xleh r maen semi gning...

Mesej 6 : Daripada Juliana Evans > Bangun semayang subuh meh..:)


Ya Allah..aku tepuk dahi..Ade UCL rupanya pagi tadi..aku terus bergegas ke biik air, amik wudhu' dan pegi solat subuh secara single sebab sudah lambat.

...

Lepas tinguk Tanyalah Ustaz kat tv9, aku tengok ade iklan Tanyalah Ustazah main hari Jumaat 11.30 a.m..Baguslah, kalau tak ksian kat ustazah takdek orang nak tanya. Selepas itu, aku online goal.com. Aku tengok rating pemain untuk match pagi tadi.







Fernando Torres FLOP OF THE MATCH!!


Glanced one header wide - and that was the only contribution of note from the British record signing before he was hauled off at half-time. Appeared to lack strength, technique, awareness or an eye for goal - all the ingredients that made Chelsea value him at £50m.

Rating : 3.0

Dah agak da..



Ramires


Sent-off in the 70th minute after going through the back of Nani when already on a yellow card. Soured a highly impressive performance from the Brazilian, full of energy and drive.

Rating : 7.0!


Ade ape hal??

TRON : Pengembaraan penuh MISTERI ke Alam Cyber

Aku punya perut, suka bermain-main. Dalam sehari kalau tak bermain-main dengan aku, tak sah. Ada je hal dye nak ajak bermain. Aku ni pulak jenis yang tidak berapa nak suka bermain-main nih. Jenis yang pandang ke depan. Lagi-lagi dengan perut sediri. Lain lah kalau perut Katy Perry ke, tak pon perut Manisha Koirala yang ajak main-main. Memang aku tak pikir dua kali. Ini tidak, perut sediri. Mana ada masa nak main-main nih. Kalau lapar, cakap je lapar. Toksah nak berpantun-pantun.

"Abang, tolong siang sayur pastu koyak bawang. Nak masak special punye".

"Masak ape??" Aku bertanya penuh minat menandakan aku tidak mau bermain-main lagi dengan budak perut nih.

"Megi"

"Ceh! Mentang-mentang mak takdek ket umah, boley la kou pesta megi yok" belebel aku kepada kakak aku yang no 8 dalam 'slam' teganu pantai.

"Nak ke tanak ni.."



Pung pang pung pang

Berpeluh..

Pung pang pung pang

Megi kari..

Pung pang pung pang

"Lambat lagi ke siap??

Pung pang pung pang

Kroooooohhh..kroooh

Pung pung pung!!!!

Kakak aku yang no8 menghentak kuali petanda sudah siap. Aku yang terlentang di dapur menunggu megi siap tersentak terus duduk bercongok sambil tangan kanan mencapai bucu lengan baju kiri dan terus dibawa ke mulut mengelap sesuatu yang berlimpah di situ.

/* Orang cakap, petua nak sihat masa bangun pagi, bangun-bangun terus teguk air masak tak payah berkumur dulu. */

Aku bayangkan situasi di atas sama dengan situasi aku sikarang. Jadi, aku pon

Pung pang pung pang

Eeeeerkhh...Alhamdulillah

Sebagai otai fesbuk, sesudah makan malam memang menjadi rutin aku bukak fesbuk check notifikation lepas tu off oleh kerana tidak tahu untuk berbuat ape. Tapi tidak untuk malam tadi, jiwaku lebih kepada tengok muvie cerita Tron. Ramai orang cakap cerita ni best. Aku pon bukak la cerita Tron menggunakan Gom Player, aku lajukan perjalanan ceritanya sampai suatu sudut yang aku rase belom tinguk lagi, aku kurangkan kelajuan kepada normal. "Rase-rasenye kat sini la kot" gertak hatiku sambil memerhati seluruh sudut skrin laptop tidak berkelip. Hmm. Aku pasti memang kat sini lah part paling last aku tengok sebelom macam mana bulih tertido kelmarin dulu.

Jeng jeng jeng

Akhirnya berjaya jugak aku habiskan cerita ini dengan tiga kali bersambung. Setelah menguap berbelas kali, akhirnya aku mengambil keputusan untuk menutup laptop, menutup lampu, membuka kipas, membuka kebor sambil menutup mata. Selamat malam dunia. Selamat datang pramugari Air Asia. Kehkehkeh






P/S : Sesuai untuk tontonan dewasa sahaja. Budak-budak, AWAS!