Monday, February 08, 2010

Bloggers

Apa itu blog?

Blog ialah benda moden yang telah digunapakai dan dimonopoli oleh anak-anak moden yang telah direka oleh otak-otak moden yang suka menulis tetapi bukan menulis sangat, menaip. Apa ke jadahnya nak tulis atas screen laptop walaupun ada touch screen sekarang ni. Walaupun aku agak terlambat dalam pembikinan laman cyberia berfantasi a.k.a blog ini, tapi aku masih rasa bersyukur kerana mendapat petunjuk untuk menjadi sebahagian daripada ahli otak moden atau lebih dikenali sebagai ahli pasukan otak moden walaupun hanya diiktiraf sebagai ahli otak moden taraf sederhana. Kalau nak dibandingkan blog aku ini dengan blog-blog bloggers yg masyhur seperti kobakoga, sang harima dll, tak dinafikan persaingan memang amat sengit bagi menentukan juara. Ini kerana jiwaku masih mentah mengalun dan menyimpul onak-onak kata untuk menghasilkan suatu kiasan kata yang menarik. Namun demikian, aku bukanlah manusia yang mudah mengalah ibarat pancing keli,keli yang dapat.

Adakah laman cyberia berfantasi a.k.a blog ini satu keperluan ataupun sekadar keinginan dan kegilaan para pelaman-pelaman cyberia berfantasi@ bloggers? Daripada penelitian aku sebagai ahli otak moden, laman cyberia berfantasi ini digunakan untuk bermeditasi sesuai dengan alaf baru ini. Kerana kurangnya minat untuk bermeditasi di dalam gua, di atas batu waima di atas pokok seperti yang diajar oleh penghuni abad lalu, maka terciptalah laman cyberia berfantasi @ blog yang sedang di uar-uarkan olehku secara panjang lebar di atas. Zaman semakin canggih sekarang, aku terpaksa berlari-lari anak untuk mengejar arus yang dibawa oleh teknologi ataupun nama pendek tknologi. Kesimpulannya mudah, maksimum 4 ayat dan lebih kurang 4/5 baris je. Itu yang cikgu aku ajar.